bagi saya tidak perlu semua itu..cukuplah kita melihat tindakannya ketika kita sakit. adakah jelas kebimbangan dan kerisauan pada wajahnya. bersusahkah dia keluar malam2 mencari ubat bila kita demam. membawa kita berjumpa doktor dengan segera. pernahkah dia meletakkan tangannya utk merasa suhu badan kita. sanggupkan dia mengambil alih tugas memasak menjaga anak dan seumpamanya sementara waktu. berusaha agar sentiasa berada disisi kita disaat diperlukan...itulah bukti dan tindakan suami yang saya amat hargai dan itulah sahaja bukti dia sayangkan saya...itu pandangan peribadi saya sebagai isteri,,kerana kasih sayang itu penawar dan ubat paling mujarab, rasa segala kesakitan akan hilang saat dia menjaga kita.
atau...dia macam biasa sahaja, bertanya khabar hendak tak hendak. tak pernah nak suapkan kita makan atau masih ligat melepak dikedai mamak bersama rakan. yang keluar dari mulut hanyalah 'alah.. demam biasa jer tu..nanti baiklah' .. 'jangan layan sangat demam tu nanti makin teruk..' 'awak dah makan ubat ker'
erti kasih sayang banyak dan kadang2 ada yang jarang ungkapkan dengan tindakan..ada suami yang beranggapan tak perlu ditunjukkan kerana sudah menjadi isteri anda,nak tunjuk buat apa lagi.. sedarlah wahai lelaki...tindakan dan ucapan anda sayangkan isteri amat bermakna..
sebagai isteri bersamalah jaga penampilan dan kesihatan diri agar sentiasa dihargai..jika kita sendiri gagal menhargai diri sendiri maka tidak hairan pasangan kita juga kurang menghargai kita...setkan pada diri apa saja perubahan kita buatlah utk diri sendiri,utk keyakinan dan kesihatan bukan berubah utk org lain...walau bagaimana rupa dan bentuk kita...banggalah dengan diri kita...
No comments:
Post a Comment